_ _ _ _____ ___ __ __ _(_) | _(_)___ / ( _ ) / /_ ___ ___ _ __ ___ \ \ /\ / / | |/ / | |_ \ / _ \| '_ \ / __/ _ \| '_ ` _ \ \ V V /| | <| |___) | (_) | (_) | (_| (_) | | | | | | \_/\_/ |_|_|\_\_|____/ \___/ \___(_)___\___/|_| |_| |_|
Negara | Jepun |
---|---|
Gelaran | |
Diasaskan |
|
Pengasas | Jimmu (tradisional) Kinmei (bersejerah) |
Ketua terkini | Naruhito |
Etnik | |
Cabang kadet |
Kerabat diraja Jepun (皇室 , kōshitsu), juga dirujuk sebagai Keluarga diraja atau Dinasti Yamato, terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang luas dari Maharaja Japan yang menjalankan tugas-tugas rasmi dan awam. Di bawah Perlembagaan Jepun sekarang, Maharaja adalah simbol negara dan perpaduan rakyat. Ahli-ahli lain kerabat maharaja menjalankan tugas-tugas istiadat dan sosial, tetapi tidak mempunyai peranan dalam hal ehwal kerajaan. Tugas sebagai maharaja diwarisi oleh anak-anak maharja dan anak kepada anak mereka dan seterusnya. Monarki Jepun ini dikatakan sebagai monarki turun temurun berterusan tertua di dunia. Wangsa Imperial dengan Maharaja Jimmu (secara tradisinya bertarikh 11 Februari 660 SEU), dan berterusan sehingga Maharaja semasa, Naruhito. Walau bagaimanapun, sarjana telah bersetuju bahawa tidak ada bukti akan kewujudan Jimmu, bahawa naratif tradisional penubuhan Jepun adalah mitos, dan Jimmu ialah tokoh mitos. Maharaja Jepun yang boleh disahkan mengikut sejarah bermula dari awal abad ke-6 dengan Maharaja Kinmei.
Jepun |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perlembagaan
Kehakiman
Prefektur
Pilihan Raya
Hubungan Luar
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Pada masa ini terdapat 17 ahli Keluarga Diraja:
Maharaja Emeritus Akihito dilahirkan di Istana Maharaja Tokyo pada 23 Disember 1933, anak sulung dan anak kelima Maharaja Shōwa dan Maharani Kōjun. Baginda telah berkahwin pada 10 April 1959 dengan Michiko Shōda. Maharaja Akihito menggantikan ayahanda sebagai maharaja pada 7 Januari 1989, dan digantikan oleh Naruhito selepas baginda turun takhta pada 30 April 2019. Maharani Emerita Michiko dilahirkan di Tokyo pada 20 Oktober 1934, anak perempuan sulung Hidesaburō Shōda, Presiden dan Pengerusi kehormat Nisshin Flour Milling Inc.
Putera Masahito dilahirkan pada 28 November 1935, anak kedua dan anak keenam daripada Maharaja Shōwa dan Maharani Kojun. Gelaran zaman kanak-kanaknya ialah Putera Yoshi. Baginda menerima gelaran Putera Hitachi dan kebenaran untuk menubuhkan cawangan baharu Keluarga Diraja pada 1 Oktober 1964, sehari selepas perkahwinannya. Puteri Hanako dilahirkan pada 19 Julai 1940, anak perempuan bekas Count Yoshitaka Tsugaru. Putera dan Puteri Hitachi tidak mempunyai anak. Puteri Yuriko ialah balu Putera Takahito (2 Disember 1915 – 27 Oktober 2016), anak lelaki keempat Maharaja Taishō dan Maharani Teimei dan bapa saudara Maharaja Naruhito. Puteri dilahirkan pada 4 Jun 1923, anak perempuan kedua Viscount Masanori Takagi. Puteri Mikasa mempunyai dua anak perempuan dan tiga anak lelaki dengan mendiang Putera Mikasa.