_ _ _ _____ ___ __ __ _(_) | _(_)___ / ( _ ) / /_ ___ ___ _ __ ___ \ \ /\ / / | |/ / | |_ \ / _ \| '_ \ / __/ _ \| '_ ` _ \ \ V V /| | <| |___) | (_) | (_) | (_| (_) | | | | | | \_/\_/ |_|_|\_\_|____/ \___/ \___(_)___\___/|_| |_| |_|
Aggregat-4 /Vergeltungswaffe-2 | |
---|---|
Jenis | Peluru berpandu balistik peringkat tunggal |
Tempat asal | Jerman Nazi |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1944–1952 |
Digunakan oleh | Tentera Darat Jerman SS Pasca perang: United Kingdom Amerika Syarikat Soviet Union |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde |
Pengeluar | Mittelwerk GmbH |
Kos unit | 100,000 RM Januari 1944, 50,000 RM Mac 1945 |
Dihasilkan | 16 Mac 1942 – 1945 (Jerman) Sesetengah dipasang selepas perang |
Spesifikasi | |
Berat | 12,500 kg (27,600 lb) |
Panjang | 14 m (45 ka 11 in) |
Diameter | 1.65 m (5 ka 5 in) |
Warhead | 1,000 kg (2,200 lb) Amatol |
Detonation mechanism | impak |
Lebar sayap | 3.56 m (11 ka 8 in) |
Bebaling | 3,810 kg (8,400 lb) 75% etanol/25% air 4,910 kg (10,820 lb) oksigen cair |
Jarak operasi | 320 km (200 bt) |
Altitud penerbangan | 88 km (55 bt) ketinggian maksimum pada trajektori jarak jauh, 206 km (128 bt) ketinggian maksimum jika dilancarkan secara menegak |
Kelajuan | maksimum:5,760 km/j (3,580 mph) pada impak: 2,880 km/j (1,790 mph) |
Sistem pemanduan | Giroskop untuk menentukan arah Pecutan giroskopik jenis gantung-Müller untuk pemutus enjin bagi kebanyakkan pengeluaran roket:225 |
Platform pelancaran | Bergerak (Meillerwagen) |
Roket V-2 (Jerman: Vergeltungswaffe 2 , "Senjata Balas Dendam 2"), nama teknikal Aggregat 4 (A4), merupakan peluru berpandu balistik jarak jauh pertama dunia. Peluru berpandu dengan enjin roket bahan api cecair telah dibangunkan semasa Perang Dunia II di Jerman sebagai "senjata pembalasan", ditetapkan untuk menyerang bandar-bandar Bersekutu sebagai membalas dendam atas pengeboman Bersekutu terhadap bandar-bandar Jerman. Roket V-2 juga menjadi objek buatan manusia pertama yang melintasi sempadan angkasa dengan pelancaran menegak MW 18014 pada 20 Jun 1944.
Penyelidikan dalam penggunaan roket jarak jauh tentera bermula apabila kajian-kajian dari pelajar siswazah Wernher von Braun menarik perhatian Tentera Darat Jerman. Satu siri prototaip memuncak dengan A-4, yang memasuki perang sebagai V-2. Bermula bulan September 1944, lebih 3,000 V-2 telah dilancarkan oleh Wehrmacht Jerman keatas sasaran Bersekutu semasa peperangan, mula-mula London dan kemudian Antwerp dan Liège. Menurut dokumentari BBC 2011, serangan ini menyebabkan kematian kira-kira 9,000 orang awam dan anggota tentera, manakala 12,000 buruh paksa dan tawanan kem tahanan maut kerana menghasilkan senjata ini.
Setelah kejatuhan Jerman, pasukan-pasukan dari tentera Bersekutu—iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Soviet Union—berlumba-lumba untuk merampas tapak utama pembuatan dan teknologi Jerman. Wernher von Braun dan lebih 100 orang kakitangan penting V-2 menyerah diri kepada pihak Amerika. Akhirnya banyak pasukan asal V-2 bekerja di Redstone Arsenal. Pihak AS juga merampas secukupnya perkakasan V-2 untuk membina kira-kira 80 buah misil. Pihak Soviet dapat memiliki fasiliti penghasilan V-2 selepas perang, membuat semula pengeluaran V-2, dan memindahkannya ke Soviet Union.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kennedy
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Neufeld
Cari Roket V-2 dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Roket V-2 |